Friday, May 2, 2008

:. PENGENALAN .:

Kanak-kanak



Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak dan warga tua.


Ramai tidak prihatin soal keselamatan di rumah terutama bagi anak kecil berusia 2 - 4 tahun. Perlu disedari, kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak dan membawa kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.


Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 peratus kemalangan di rumah membabitkan kemalangan kecil seperti luka, terseliuh dan bengkak; 10 peratus mengalami kemalangan perlu dirawat seperti patah, luka besar yang perlu jahitan, disengat serangga berbisa dan melecur. Sejumlah lima peratus mengalami kemalangan teruk yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital seperti terbakar, jatuh yang mencederakan kepala dan satu peratus lagi cacat seumur hidup.


Menurut Pakar Pediatrik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Zulkifli Ismail, yang juga Pakar Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur, kanak-kanak berusia 2 - 4 tahun lebih mudah mendapat kemalangan di rumah. "Pada usia inilah mereka mula bergerak cergas tetapi tidak dapat membezakan antara bahaya dan selamat," katanya.


Menurut Dr Zulkifli secara purata lebih kurang 36 peratus kemalangan berlaku di ruang tamu dan ruang makan, 22 peratus di ruang legar, 18 peratus di luar rumah, sembilan peratus di dapur dan empat peratus di bilik mandi.


Oleh yang demikian, kumpulan kami telah membangunkan blog ini bertujuan untuk memberi info-info tentang punca, kesan serta langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil bagi menjaga keselamatan kanak-kanak di rumah. Kami mengambil contoh kemalangan yang sering terjadi kepada kanak-kanak di rumah iaitu kemalangan yang berpunca dari benda tajam contohnya pisau, peralatan elektrik contohnya cerek dan akhir sekali kemalangan daripada bahan api contohnya lilin.

1 comment:

sachielsacks said...

Casino of the River - Mapyro
Compare reviews, photos & location with 나주 출장샵 Casino of the River - Get directions, reviews and information for Casino of 양산 출장마사지 the River in 경상남도 출장안마 1 사천 출장안마 Casino Ave. Las Vegas, 김포 출장마사지 NV, 89109.