Monday, May 26, 2008

:. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN .:

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan di rumah adalah :

* Pastikan mancis atau bahan pemetik api diletakkan di tempat yang tinggi agar tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

* Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-sekurang 1 unit alat pengesan asap.

* Pastikan pemegang periuk dan kuali diletakkan menghala ke bahagian dalam agar kanak-kanak tidak boleh mencapainya.

* Peralatan rumah yang tajam hendaklah disimpan di tempat yang selamat serta jauh daripada kanak-kanak.

* Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.

* Pastikan penyambungan wayar tidak dibiarkan berselerak dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

* Selepas merokok, pastikan rokok tersebut dibuang jauh daripada kanak-kanak.

* Semasa menggunakan lilin, pastikan ianya jauh daripada bahan mudah terbakar contohnya selimut dan pastikan lilin ditutup atau dihadang daripada tiupan angin.

* Sentiasa memeriksa keadaan dapur gas.

* Sediakan peralatan bantuan kecemasan (first aid) di rumah.

* Memasang penghadang bagi mengelakkan kanak-kanak bermain di dapur.

* Alat penutup soket dipasang bagi mengelakkan kanak-kanak daripada terkena kejutan elektrik.

* Perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.

* Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan.

* Bawa kanak-kanak ke hospital jika berlaku kecederaan.


“ HUBUNGI TALIAN 999 JIKA BERLAKU SEBARANG KECEMASAN “

No comments: