Punca-punca berlaku kemalangan daripada bahan api, benda-benda tajam dan peralatan elektrik.
Punca Bahan Api
- Kecuaian akibat merokok.
- Mancis dan pemetik api diletakkan di tempat yang rendah dan boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Lilin dan sebarang punca api dibiarkan terdedah tanpa diawasi walaupun seketika.
- Bahan mudah terbakar diletakkan di kawasan yang panas serta berhampiran dengan tempat mainan kanak-kanak.
- Gas memasak bocor.
- Penyambungan litar elektrik yang berselerak serta peralatan elektrik yang telah rosak.
- Kanak-kanak bermain bunga api tanpa diawasi oleh ibu bapa.
Punca Benda Tajam
- Benda tajam contohnya pisau, gunting, pen dan sebagainya diletakkan berselerak di atas lantai atau di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Benda tajam diletakkan di bucu meja. Ini memudahkan kanak-kanak menarik alas meja sehingga benda-benda tersebut jatuh.
Punca Peralatan Elektrik
- Pemegang periuk dan kuali diletakkan menghala ke bahagian luar yang mana kanak-kanak boleh mencapai bahagian tersebut.
- Wayar peralatan elektrik contohnya seterika, cerek, kipas dan sebagainya dibiarkan terjuntai ke bawah yang membolehkan kanak-kanak mencapai wayar tersebut.
No comments:
Post a Comment